SANTAI BINA MINDA

Santai dan riadhah penghuni rumah PEKITA

LAWATAN SEGARI ENERGY VENTURES

Terima kasih daun keladi ... Moga Allah memberkati tuan-puan yang menghulur bakti.

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

... rutin hidup penghuni ...

Profil PEKITA


Latar Belakang

Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua (Islam) Titian Abadi (PEKITA) didaftarkan pada 15 Februari 2012 dengan objektif memberi penjagaan sempurna kepada warga tua yang memerlukannya. Premis Rumah Titian Abadi yang diusahakan oleh PEKITA terletak di  Lot 319339, Jalan Berlian 8, RPT Jelapang Baru, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Inisiatif penubuhan rumah kebajikan ini dipimpin oleh Encik Ahmad bin Wan Chih A.M.P., P.J.K yang dibantu oleh enam orang ahli jawatankuasa PEKITA dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama penduduk setempat.

Rumah Titian Abadi sedia menerima warga emas yang menghadapi masalah tempat tinggal sama ada kerana mereka tidak mempunyai anak-anak yang dapat menjaga mereka atau disebabkan lain-lain faktor yang menjejaskan kehidupan mereka di usia emas yang penuh cabaran.

PEKITA berjanji memberikan sepenuh komitmen bagi memastikan warga emas yang menghuni Rumah Titian Abadi akan menikmati kualiti kehidupan yang sejahtera dan sempurna.

Visi

Menjadi rumah kebajikan orang tua yang terbaik dari semua aspek, iaitu;

  • Selesa
  • Seronok didiami
  • Membina semangat dan harapan
  • Berbudaya ilmu
  • Berbudaya sihat dan cergas

Misi

  • Menyediakan kemudahan penginapan dan persekitaran yang mesra warga tua.
  • Membangunkan sistem dan program pengurusan ilmu, emosi, psychology dan fizikal yang menepati keperluan warga tua.
  • Membangunkan sistem dan program interaksi antara penghuni dengan dunia luar (keluarga, institusi yang berkaitan, komuniti warga tua di luar dan masyarakat umum).
  • Menyediakan kemudahan dan khidmat bimbingan berkaitan kesihatan dan gaya hidup.

Aktiviti

  • Menguruskan keperluan penghuni rumah titian abadi.
  • Mengendalikan program keagamaan untuk penghuni rumah titian abadi.
  • Menguruskan program lawatan penghuni ke pelbagai destinasi.
  • Menganjurkan program interaksi masyarakat luar dengan penghuni.
  • Mengendalikan program pembangunan kemahiran untuk penghuni.
  • Menjalankan kempen keprihatinan masyarakat terhadap warga tua.

Rancangan Masa Depan

  • Menyediakan kemudahan lengkap untuk 100 penghuni.
  • Menyediakan pasukan khidmat bimbingan yang berwibawa untuk membimbing keprihatinan keluarga terhadap bekas penghuni rumah titian abadi.
  • Memiliki aset dan perniagaan yang menghasilkan pendapatan sehingga ke tahap mampu sara diri 100%.
  • Menjadi model rumah kebajikan warga tua.

Sumber Modal

  • Peruntukan JKM.
  • Bantuan JKM.
  • Sumbangan sektor swasta.
  • Sumbangan individu.
  • Jualan amal.

Organisasi PEKITA

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Timbalan Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa


AHMAD BIN WAN CHIH A.M.P., P.J.K.
ZURINA BT ALIAS
WAN KHAIRUL ASWADI BIN WAN MOHD ALI
MOHD ZAFRI BIN MOHAMED ARIS
HASAN BIN DAWI
ZAIDI BIN ZAIN
NUR AZREENA BT MOHAMMAD RUBANI
ANUAR BIN TAK

Organisasi Rumah Titian Abadi



1.
2.
3.
4.
5.
Nama

ZURINA BINTI ALIAS
NURAZREENA BINTI MOHD RUBANI
MOHD ZAFRI BIN MOHAMED ARIS
SUHAIDA BINTI SAAIDON
HALIMATUL SAADIAH BINTI NGAH RAHIM
Jawatan

Pengurus
Kerani
Penjaga
Penjaga
Tukang Masak